Mukaddimmah

Assalamualaikum wbt. 

Saya mengucapkan Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya untuk menulis blog ini. Antara tujuan saya mewujudkan blog ini ialah untuk berkongsi pengalaman tentang matematik tambahan. Saya memberi kebenaran kepada semua pembaca untuk membaca, mencatat atau menyalin kandungan ini. Saya juga memberi kebenaran untuk pembaca menggunakan kandungan blog ini sabagai bahan pembelajaran kepada murid-murid. Semoga usaha yang sedikit ini akan memberi menafaat kepada murid-murid yang belajar matematik tambahan. 

Saya juga bersedia untuk membaca apa jua komen dan cadangan daripada pembaca untuk menambahbaik blog ini. Pembaca boleh memberi pandangan kepada saya melalui emel cjad1161@gmail.com.

Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar memberi kekuatan dan kelapangan kepada saya untuk terus menambahbaik kandungan blog ini. 

Sekian, terima kasih.